Archive for May 4th, 2006

Hari Itu

without comments

Author’s Note: My very first Malay poem. It’s about taking that “leap of faith”. It’s called “Hari Itu” because it happened on that one day/night. The date doesn’t really matter, because it’s there in our hearts.


Hari Itu

Hari itu, resah hatiku
Entah bagaimana
Entah kenapa
Berdegup-degup serupa bom masa
Akan meletup kalau tak dijaga

Hari itu, pelik rasanya
Sepatah katamu
Diberi dua maksudku
Kilasan pemikiranku
Kau merasai yang tersirat
Aneh; bagai pinang dibelah dua

Hari itu, gembira rasanya
Sudah lama berdendam
Tiba masanya melega
Jiwa yang lama kesepian
Bersedia untuk membara sekali lagi!

Tetapi
Kian hari kian malam
Bagai kampung yang dilanda taufan
Jiwa ini telah dirogol kesuciannya
Takut; Letih dicabar

Walaupun masa lampau patut dilupakan
Semua kesilapan patut diteladani
Supaya rohani manusia dapat mara ke hadapan,
Bukan semua kelukaan dapat diubati
Keparahan yang pedih, jiwa inilah yang kau kutip!

Tidak jelas, tidak menahu
Bagai itik hodoh yang bertemu dengan keluarga baru
Peluang yang baru; keikhlasan dirasai
Lukanya masih pahit
Bolehkah aku percaya semula? Dengan selamatnya?

Tidak
Keyakinan mesti ada
Pada peluang ini yang jarang ditemui
Kerana jika yang diterima hanya ketulusan
Kisah dongeng ini baru bermula
Pada hari itu

Written by bodicea

May 4, 2006 at 11:17 am